Program Pembiayaan Mikro iTEKAD

Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam” atau “Bank”) menyokong penuh pelaksanaan program iTEKAD yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (“BNM”) pada 27 Mac 2020 untuk membantu menjana pendapatan mampan dan daya tahan kewangan perusahaan mikro milik B40, dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.

Apakah Program Pembiayaan Mikro iTEKAD?

Program Pembiayaan Mikro iTEKAD merupakan program kewangan sosial yang bertujuan khusus menyokong dan memudahkan pembiayaan bagi usahawan mikro B40 dan asnaf yang kehilangan pendapatan akibat wabak COVID-19.

Soalan-soalan lazim untuk Program Pembiayaan Mikro iTEKAD

Bagaimanakah cara untuk memohon?

Permohonan beserta dokumen yang lengkap perlu dihantar melalui e-mel ke: sadaqahouse@bankislam.com.my

Rujuk Soalan-soalan lazim bagi maklumat penuh program.

Lembaran Maklumat Produk/Product Disclosure Sheet