Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS)

Walaupun sukar, pasti ada penyelesaiannya…

Ramai yang terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Baik terhadap kewangan individu mahupun perniagaan. Kami fahami situasi ini, jadi biarlah kami membantu anda.

Jangan khuatir, kami sedia membantu anda.

Program Pengurusan Kewangan dan Ketahanan (URUS) tersedia untuk meringankan beban anda dalam membuat pembayaran ansuran untuk segala komitment pembiayaan anda. Melalui URUS, anda berpeluang untuk mengukuhkan kembali kedudukan kewangan anda terutama sekali di masa yang mencabar ini.

URUS merupakan pelan pembayaran pembiayaan yang komprehensif di mana pelanggan boleh mendapat pengecualian untuk pembayaran keuntungan selama 3 bulan dan pengurangan pembayaran ansuran untuk tempoh 24 bulan.

URUS tersedia untuk semua pelanggan Bank Islam dalam kategori B50*.

Permohonan URUS dibuka untuk semua pelanggan yang layak mulai 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022.

Untuk permohonan program Penjadualan dan Penstrukturan Semula, sila rujuk kepada maklumat ini.