English | Bahasa Malaysia |
Dasar Privasi
BAHAGIAN 1: NOTIS PRIVASI BERKAITAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI (“NOTIS PRIVASI”)
Notis Privasi ini menjelaskan bagaimana Kumpulan Bank Islam (dirujuk sebagai “pihak Bank” / ”kami” termasuk syarikat-syarikat induk kepada bank, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu, gabungan syarikat-syarikat, wakil-wakil dan pejabat-pejabat cawangan) mengambil data peribadi untuk tujuan menyediakan produk dan perkhidmatan kami (dirujuk sebagai “kemudahan perbankan”). Notis Privasi ini merangkumi semua pelanggan individu dan orang perseorangan tetapi tidak terhad kepada, mana-mana pengurus dan pegawai korporat syarikat (misalnya penandatangan sah dan setiausaha syarikat), pengarah, pemegang saham, pemilik berkepentingan (misalnya pemilik tunggal, rakan kongsi dan penama bersama) dan penjamin (dirujuk sebagai “Individu Dikenalpasti” / ”anda”). Notis Privasi ini menjelaskan bagaimana data dari Individu Dikenalpasti / anda diambil, digunakan, diproses dan dilindungi.
Permohonan anda dan penggunaan berterusan terhadap kemudahan perbankan kami akan dianggap kebenaran kepada pihak Bank untuk mengumpul, memproses dan menyimpan data peribadi anda. Sila semak Notis Privasi kami secara terperinci sebelum memberikan maklumat peribadi anda. Sekiranya anda membaca dan menandatangan Notis Privasi ini bagi pihak syarikat atau pemilik berkepentingan, anda berakujanji bahawa Individu Dikenalpasti memahami dan bersetuju dengan Notis Privasi ini.
JENIS MAKLUMAT PERIBADI YANG KAMI KUMPULKAN DAN BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Data peribadi anda yang kami ambil berkaitan dengan kemudahan perbankan kami yang anda pohon atau telah dipohon oleh pihak lain tetapi tanggungannya dijamin oleh anda atau pihak yang anda menjadi wakil atau diberikuasa atau pihak yang berkaitan dengan anda dianggap telah disetujui and diizinkan anda.
Data peribadi anda berkaitan dengan kemudahan perbankan adalah termasuk tetapi tidak terbatas kepada:
|
|
|
Maklumat peribadi anda juga mungkin kami perolehi dari sumber-sumber lain tetapi tidak terhad dari mana-mana pihak seperti badan kawal selia, mana-mana agensi rujukan kredit, agensi pencegahan penipuan dan rujukan jenayah kewangan, majikan anda, penjamin atau pembekal cagaran anda dan sumber lain di mana Bank mempunyai akses.
KEGAGALAN MEMBEKALKAN DATA PERIBADI ANDA
Data peribadi anda bekalkan kepada kami adalah perlu untuk penyediaan kemudahan perbankan kepada anda. Kegagalan untuk membekalkan data tersebut mungkin mengakibatkan kami tidak dapat menyediakan kemudahan perbankan tersebut dan / atau mematuhi mana-mana undang-undang atau garis panduan.
TUJUAN PENGAMBILAN DATA PERIBADI ANDA
Tujuan kami mengambil dan memproses data peribadi anda bergantung kepada bentuk hubungan anda sebagai subjek data dengan kami. Umumnya tujuan tersebut melibatkan sebahagian atau keseluruhan dari tujuan-tujuan (“Tujuan”) berikut:-
|
PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA
Pihak Bank tidak akan mendedahkan data peribadi anda termasuk alamat, nombor telefon ataupun e-mel kepada mana-mana pihak luar selain daripada senarai di bawah (“Pihak-Pihak Dibenarkan”) bagi Tujuan yang tersebut kecuali pihak Bank mendapatkan kebenaran daripada anda atau samada di bawah tuntutan undang-undang atau mana-mana tanggungjawab bagi mendedahkan maklumat:-
|
Pendedahan di atas adalah setiap masa tertakluk kepada undang-undang (termasuk peraturan, standard, garis panduan dan / atau kewajipan) yang dikenakan kepada Bank. Di samping itu, Notis Privasi ini juga berfungsi sebagai memberi persetujuan kepada mana-mana agensi pelaporan kredit untuk mendedahkan maklumat kredit anda kepada Bank kami menurut seksyen 24 (1)(a) AAPK 2010.
MEMINDAHKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA DI LUAR MALAYSIA
Pihak Bank boleh memindahkan maklumat peribadi anda di luar Malaysia sekiranya mana-mana penyedia perkhidmatan Bank terletak di negara-negara di luar Malaysia. Pemindahan sedemikian adalah diperlukan dengan tujuan untuk melaksanakan atau menyelesaikan perkhidmatan Bank kepada anda, untuk melaksanakan atau menyelesaikan perjanjian-perjanjian Bank dengan pihak ketiga, dan untuk prosiding undang-undang atau mendapatkan nasihat undang-undang. Sekiranya keperluan operasi timbul di mana maklumat peribadi anda perlu diproses, digunakan, dipindahkan kepada, atau disimpan di luar Malaysia, pihak Bank akan mengambil langkah- langkah yang perlu untuk memastikan maklumat peribadi anda digunakan dengan selamat dan mana-mana penyedia servis yang terlibat dengan Bank adalah terikat dengan perjanjian untuk tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada kami untuk apa-apa tujuan selain daripada apa yang telah dijanjikan dalam perjanjian dan adalah selaras dengan Notis Privasi ini serta bidangkuasa undang-undang data peribadi masing-masing. Dalam hal ini, anda memberi kebenaran kepada kami untuk memindahkan maklumat peribadi anda di luar Malaysia.
PENYIMPANAN DATA PERIBADI ANDA
Data yang diberikan oleh anda disimpan selagi Tujuan yang mana data yang dikumpulkan berterusan; data kemudiannya akan dimusnahkan secara kekal melainkan pengekalan berterusan diperlukan untuk memenuhi keperluan undang-undang dan / atau pematuhan garis panduan untuk melindungi kepentingan Bank yang sah.
DATA/ MAKLUMAT PIHAK KETIGA
Di mana anda perlu menyediakan data dan maklumat peribadi berkaitan dengan orang lain termasuk pemohon- pemohon bersama, pasangan anda, pihak berkaitan dan orang hubung kecemasan, rujukan, dan majikan (termasuk dan tidak terhad kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menyokong Tujuan tersebut, anda menjamin dan menyatakan bahawa anda telah mendapatkan keizinan mereka atau anda berhak untuk memberikan maklumat mereka kepada pihak Bank.
JUALAN SILANG DAN PILIHAN
Pihak Bank berhasrat
menggunakan data peribadi anda untuk memaklumkan anda dengan produk dan
perkhidmatan terbaru kami termasuk untuk tujuan jualan silang, pemasaran,
promosi, tawaran dan pertandingan termasuk produk dan perkhidmatan anak-anak
syarikat atau sekutunya (“pemasaran langsung”). Oleh itu, kami akan menggunakan
data peribadi anda dan dengan ini anda bersetuju bahawa data peribadi anda
termasuk alamat, nombor telefon dan alamat emel digunakan untuk tujuan tersebut,
termasuk pentadbiran tawaran dan pertandingan.
Sekiranya anda memilih untuk tidak bersetuju untuk dihubungi untuk tujuan pemasaran langsung ini, anda boleh menyatakan atau memilih keluar dengan menghubungi Pusat Perhubungan kami di alamat dan nombor telefon yang dinyatakan di bawah:
Pusat Panggilan dan
Khidmat Pelanggan
Aras 17, Menara Bank Islam
No. 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur
Telefon: +603 26 900 900
E-mel:
contactcenter@bankislam.com.my
Sila ambil maklum bahawa
kami akan memproses permintaan anda dalam masa tiga (3) bulan dari tarikh kami
menerima permintaan tersebut.
AKSES DAN PEMBETULAN KEPADA DATA PERIBADI ANDA
Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada data peribadi anda yang disimpan pihak Bank. Yuran akan dikenakan kepada anda berhubung dengan permintaan tersebut. Anda juga berhak untuk mengemas kini dan memperbetulkan data anda. Untuk tujuan ini, anda boleh berkunjung di mana-mana cawangan kami atau anda boleh menghubungi Pusat Panggilan dan Khidmat Pelanggan kami di alamat tertera. Anda perlu mengisi borang ‘Data Access Request’ atau ‘Data Correction Request’ yang disediakan di cawangan.
CARA MENGHUBUNGI KAMI
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Notis Privasi ini, anda boleh berkunjung ke mana-mana cawangan yang lokasinya boleh didapati dari laman web kami atau anda boleh menghubungi Pusat Panggilan dan Khidmat Pelanggan kami di alamat tertera. Anda juga boleh menghubungi kami untuk menyampaikan aduan anda berkaitan dengan Notis Privasi atau jika anda mengesyaki apa-apa penyalahgunaan atau penyalahgunaan data peribadi anda.
PERUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI INI
Pihak Bank berhak untuk meminda Notis Privasi ini pada bila-bila masa dan akan meletakkan notis pindaan tersebut pada laman web Bank dan / atau cawangan Bank dan / atau melalui cara lain yang sesuai. Notis Privasi ini tidak bertujuan untuk mewujudkan sebarang hak kontrak, ia juga tidak membuat apa-apa kewajipan kontrak kepada Bank atau mana-mana pihak yang lain. Sebarang rujukan dalam dokumentasi bank untuk kenyataan privasi merujuk kepada Notis Privasi.
BAHAGIAN 2: PERAKUAN MAKLUMAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM)
|
Saya dengan ini mengakui bahawa saya telah membaca Notis Privasi ini dan memahami kandungannya serta bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi ini. Saya dengan ini memberi kebenaran kepada pihak Bank untuk menghubungi pihak majikan yang berkenaan untuk menjalankan pengesahan terhadap pekerjaan saya untuk tujuan permohonan pembiayaan.
Tandatangan Nama No. Kad Pengenalan Tarikh Jawatan (jika ada) |
: ________________________________________________________ : ________________________________________________________ : ________________________________________________________ : ________________________________________________________ : ________________________________________________________ |