Ar-Rahnu Tambah Duit Campaign


TEMPOH KEMPEN
  • 1 Januari 2021 – 31 Disember 2021

KRITERIA KELAYAKAN

Untuk layak, pelanggan perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Permohonan baharu Ar-Rahnu Tawarruq dengan pembiayaan minimum sebanyak RM1,000 setiap akaun dalam Tempoh Kempen;
  • Permohonan pembiayaan hendaklah dibuat, diluluskan dan diterima dalam Tempoh Kempen;
  • Pelanggan dikehendaki mengekalkan akaun semasa Tempoh Kempen dan status akaun mestilah aktif;

Nota: Status akaun aktif ditakrifkan sebagai akaun teratur tanpa sebarang tunggakan atau belum matang pada hari terakhir setiap suku tahun (untuk cabutan suku tahunan) dan pada 31 Disember 2021 (untuk cabutan terakhir).

Kakitangan Bank Islam, kakitangan Ar-Rahnu Bank Islam dan pelanggan yang mempunyai sebarang tunggakan, ketidakpatuhan atau tindakan guaman atas mana-mana kemudahan atau pembiayaan sedia ada dengan Bank Islam atau Ar-Rahnu Bank Islam tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini.


PEMENANG DAN HADIAH

Terdapat 41 orang Pemenang keseluruhan dan hadiah Pemenang yang layak adalah seperti dibawah:

Hadiah Suku Tahunan

Bilangan Pemenang bagi Setiap Suku Tahunan

Hadiah Setiap Pemenang

Jumlah Hadiah

Kategori 1

Jumlah pembiayaan RM2501 dan ke atas

5 RM 10,000 RM 200,000*

Kategori 2

Jumlah pembiayaan minimum RM1000 sehingga RM2500

5

RM 5,000

RM 100,000*

*Nota:Jumlah untuk 20 Pemenang bagi 4 Suku Tahunan

Hadiah Utama

1

RM150,000

RM150,000

MEKANISMA KEMPEN
  • Pelanggan hanya boleh memenangi satu (1) hadiah sepanjang tempoh kempen.
  • Pemenang akan dipilih secara rawak dari system pemilihan bank berdasarkan Unit Kelayakan (“EU”).
  • Unit Kelayakan (“EU”) akan diberikan kepada pelanggan yang memenuhi kriteria bagi Kempen Ar Rahnu Tambah Duit adalah seperti dibawah:

Kategori

Jumlah Pembiayaan

Pengganda EU

1 RM2,501 dan ke atas 2
2 RM1,000 – RM2,500 1


Contoh pengiraan EU:

Jumlah Pembiayaan

Kategori

Unit Kelayakan (“EU”)

Pengganda EU

Jumlah EU

RM40,000 1 40 2 80
RM2,000 2 2 1 2

Cabutan hadiah suku tahunan akan dilakukan satu (1) minggu selepas setiap akhir suku tahun dan pemenang akan diumumkan dalam masa satu (1) minggu dari hari cabutan.

Pemenang Hadiah Utama akan diumumkan pada Januari 2022. Pemenang cabutan Kategori 1 dan 2, layak untuk cabutan Hadiah Utama.

Hadiah wang tunai akan dikreditkan ke dalam akaun Al-Awfar pemenang atau mana-mana akaun pemenang di Bank Islam dalam masa satu (1) bulan selepas pengumuman pemenang dibuat.

Hadiah tidak termasuk aksesori atau barang yang ditunjukkan dalam sebarang iklan dan/atau bahan promosi kerana hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja.

Klik disini untuk Terma dan Syarat