Kempen Ar Rahnu Tambah Duit Lagi

TEMPOH KEMPEN
- 1 Jun 2022 – 31 Disember 2022
KRITERIA KELAYAKAN
Untuk layak, pelanggan perlu memenuhi kriteria-kriteria berikut:
- Permohonan baharu Ar-Rahnu Tawarruq dengan pembiayaan minimum sebanyak RM1,000 setiap akaun dalam Tempoh Kempen;
- Permohonan pembiayaan hendaklah dibuat, diluluskan dan diterima dalam Tempoh Kempen;
- Pelanggan dikehendaki mengekalkan akaun semasa Tempoh Kempen dan status akaun mestilah aktif;
Nota: Status akaun aktif ditakrifkan sebagai akaun teratur tanpa sebarang tunggakan atau belum matang pada hari terakhir setiap suku tahun (untuk cabutan suku tahunan) dan pada 31 Disember 2022 (untuk cabutan terakhir).
Kakitangan Bank Islam, kakitangan Ar-Rahnu Bank Islam dan pelanggan yang mempunyai sebarang tunggakan, ketidakpatuhan atau tindakan guaman atas mana-mana kemudahan atau pembiayaan sedia ada dengan Bank Islam atau Ar-Rahnu Bank Islam tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Kempen ini.
PEMENANG DAN HADIAH
Terdapat 61 orang Pemenang keseluruhan dan hadiah Pemenang yang layak adalah seperti dibawah:
Kategori Hadiah |
Bilangan Pemenang |
Hadiah setiap Pemenang |
Jumlah Hadiah |
---|---|---|---|
Kategori 1 Jumlah pembiayaan RM2501 dan ke atas |
15 | RM 10,000 | RM 300,000* |
Kategori 2 Jumlah pembiayaan minimum RM1000 sehingga RM2500 |
15 |
RM 5,000 |
RM 150,000* *Nota:Jumlah untuk 30 pemenang bagi 2 suku tahunan |
Hadiah Utama |
1 |
RM150,000 |
RM150,000 |
MEKANISMA KEMPEN
- Pelanggan hanya boleh memenangi satu (1) hadiah sepanjang tempoh kempen.
- Pelanggan yang telah menang hadiah untuk suku tahunan pertama; juga berpeluang memenangi hadiah bagi suku tahunan berikutnya selagi status akaun kekal aktif sepanjang tempoh kempen.
- Pemenang akan dipilih secara rawak dari system pemilihan bank berdasarkan Unit Kelayakan (“EU”).
- Unit Kelayakan (“EU”) akan diberikan kepada pelanggan yang memenuhi kriteria bagi Kempen Ar Rahnu Tambah Duit adalah seperti dibawah:
Kategori |
Jumlah Pembiayaan |
Pengganda EU |
---|---|---|
1 | RM2,501 dan ke atas | 2 |
2 | RM1,000 – RM2,500 | 1 |
Contoh pengiraan EU:
Jumlah Pembiayaan |
Kategori |
Unit Kelayakan (“EU”) |
Pengganda EU |
Jumlah EU |
---|---|---|---|---|
RM40,000 | 1 | 40 | 2 | 80 |
RM2,000 | 2 | 2 | 1 | 2 |
Cabutan hadiah suku tahunan akan dilakukan satu (1) minggu selepas setiap akhir suku tahun dan pemenang akan diumumkan dalam masa satu (1) minggu dari hari cabutan.
Pemenang Hadiah Utama akan diumumkan pada Januari 2023. Pemenang cabutan Kategori 1 dan 2, layak untuk cabutan Hadiah Utama.
Hadiah wang tunai akan dikreditkan ke dalam akaun Al-Awfar pemenang atau mana-mana akaun pemenang di Bank Islam dalam masa satu (1) bulan selepas pengumuman pemenang dibuat.
Hadiah tidak termasuk aksesori atau barang yang ditunjukkan dalam sebarang iklan dan/atau bahan promosi kerana hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja.