Post Moratorium Payment Assistance |
![]() |
|||
Bantuan Pembayaran Semula PascaMoratorium |
||||
Berbincanglah dengan kamiPelanggan yang dihargai, Pandemik COVID-19 memberi kesan yang besar bukan sahaja terhadap kesihatan tetapi juga pada punca pendapatan dan kehidupan sejagat. Peka dengan cabaran yang dialami, moratorium selama 6 bulan disediakan bagi meringankan beban yang ditanggung. Namun demikian, moratorium berkenaan akan berakhir tidak lama lagi dan pembayaran semula ansuran pembiayaan akan bermula semula sebaik sahaja tempoh moratorium tersebut berakhir. Kami sedar ada di antara pelanggan yang mungkin masih memerlukan sokongan, khasnya apabila berlaku insiden yang tidak diduga seperti kehilangan mata pencarian. Kami juga sedar bahawa keperluan setiap pelanggan adalah berbeza, namun demikian, sebagai sebuah institusi perbankan Islam yang prihatin, Bank Islam terus komited untuk membantu anda dengan menyediakan sokongan tambahan yang diperlukan. Oleh itu, kami menyeru agar anda menghubungi kami atau mengunjungi mana-mana 144 cawangan Bank Islam di seluruh negara bagi mendapatkan maklumat dan penyelesaian terbaik bagi membolehkan anda mengharungi cabaran semasa. Bank Islam sentiasa bersama anda. Bantulah kami untuk membantu anda.
Media Releases relating to Post Moratorium |