Program Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT

Visi jelas Bank Islam untuk menjadi bank terkemuka bagi kewangan sosial terletak pada kekuatannya dalam menghubungkan pelbagai produk dan perkhidmatannya dengan instrumen kewangan sosial Islam.

Bermula dengan melancarkan Sadaqa House pada 2018, platform pendanaan awam ini telah berjaya mengutip lebih RM5 juta dan memberi manfaat kepada 312 orang penerima melalui 8 pembuat perubahannya (layari www.sadaqahouse.com.my untuk info lanjut).

Kini, Bank Islam memperkembangkan lagi inisiatif kewangan sosial Islamnya dengan melancarkan inisiatif baharu dan pertama seumpamanya yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia, iaitu Pembiayaan Mikro BangKIT.

Apakah Program Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT? Program Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT adalah program yang menyediakan pembiayaan mikro mampu milik kepada segmen masyarakat yang kurang berkemampuan dan tidak layak memohon kemudahan pembiayaan perbankan biasa tetapi memerlukan modal kerja dan/atau pembiayaan untuk perbelanjaan modal.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga akan dilengkapi dengan latihan perniagaan praktikal dan mentor oleh pembuat perubahan yang dilantik untuk kembangkan perniagaan dan kemampanan.

Soalan-soalan lazim untuk Program Pembiayaan Mikro iTEKAD BangKIT Klik di sini untuk Soalan-Soalan Lazim
Bagaimanakah cara untuk memohon? Permohonan beserta dokumen yang lengkap perlu dihantar melalui e-mel ke: microfinance@bankislam.com.my
Rujuk Soalan-Soalan Lazim bagi maklumat penuh program.
Lembaran Maklumat Produk Klik di sini untuk muat turun (versi Bahasa Malaysia)