Notis Privasi Kumpulan Bank Islam
LATAR BELAKANG
Notis Privasi ini merujuk
kepada maklumat peribadi anda yang dikumpulkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad,
anak-anak syarikat, syarikat-syarikat berkaitan, wakil-wakil dan pejabat-pejabat
cawangannya (kemudian dirujuk sebagai Kumpulan Bank Islam atau “Bank”/“kami”)
berkaitan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan (kemudian dirujuk sebagai “Kemudahan”)
kepada anda.
Notis Privasi ini
menjelaskan perkara berikut:
|
- Jenis-jenis maklumat peribadi anda yang kami kumpul
- Bagaimana kami mengumpul maklumat peribadi anda
- Pilihan untuk memberi maklumat peribadi anda
- Tujuan-tujuan mengumpulkan maklumat peribadi anda
- Pendedahan maklumat peribadi anda
- Pindahan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia (jika perlu)
- Penyimpanan maklumat peribadi anda
- Pilihan pemasaran langsung
- Hak anda terhadap maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh Bank
- Hubungi kami
|
|
Notis Privasi ini ditujukan
kepada pelanggan individu, tidak terhad kepada individu dalam badan korporat/
syarikat perniagaan (contoh pengarah, pemegang saham, pengurus, penandatangan
atau wakil dan setiausaha syarikat yang sah), pemilik benefisial (contoh pemilik
tunggal dan rakan kongsi), penjamin dan penanggung hutang (dirujuk sebagai
“Individu Berkaitan” atau “anda”).
Permohonan dan penggunaan
berterusan anda ke atas Kemudahan kami dianggap sebagai kebenaran kepada Bank
untuk terus mengumpul, mengguna, memproses dan menyimpan maklumat peribadi anda.
Sila semak Notis Privasi kami secara terperinci sebelum menyerahkan maklumat
peribadi anda. Sekiranya anda membaca dan menandatangani Notis Privasi ini bagi
pihak Individu Berkaitan, adalah dianggap bahawa anda telah memberikan
penjelasan sewajarnya untuk memastikan Individu Berkaitan tersebut faham dan
bersetuju dengan Notis Privasi ini.
Sekiranya anda diperlukan
dan telahpun memberikan maklumat peribadi individu lain, adalah dianggap bahawa
anda telah mendapatkan kebenaran mereka dan telah menerangkan kepada mereka
tujuan dan bagaimana kami akan menggunakan maklumat tersebut.
JENIS-JENIS MAKLUMAT PERIBADI ANDA YANG KAMI KUMPUL
Maklumat peribadi anda yang
mungkin kami kumpulkan bagi memproses kemudahan anda merangkumi
kategori-kategori berikut, namun tidak terhad kepada:
|
- Pengenal Pasti Data/Maklumat Peribadi
Contohnya, nama, nombor kad pengenalan atau pasport (bagi warga asing) dan
maklumat berkaitan yang lain bagi permohonan anda, gambar dan biometrik,
spesimen tandatangan (digital atau elektronik atau tandatangan fizikal),
tarikh lahir, jantina, bangsa, agama, kewarganegaraan atau pemastautin,
status perkahwinan, nama pasangan, bilangan tanggungan.
-
Data untuk Dihubungi
Contohnya, alamat kediaman atau perniagaan, e-mel, nombor telefon mudah alih
atau tetap, talian kecemasan.
-
Data Profesional
Contohnya, tahap pendidikan, pekerjaan dan maklumat majikan atau mana-mana
data yang merujuk kepada pekerjaan atau kerjaya individu.
-
Data Kewangan
Contohnya, kedudukan kewangan seperti aset dan pendapatan, sumber dana,
tujuan pelaburan, pendapatan tahunan, maklumat cukai, baki akaun, rekod
bayaran, transaksi akaun dan data laporan kredit bagi menilai kelayakan
kredit.
-
Data Komunikasi
Contohnya, perbualan langsung, panggilan telefon ke pusat khidmat pelanggan,
pesanan atau mesej dan e-mel
-
Data Perilaku
Contohnya, pandangan atau pendapat yang dimaklumkan kepada kami melalui
maklum balas atau kaji selidik, pertandingan atau peraduan, aktiviti, tabiat,
kecenderungan dan minat yang terbit daripada penggunaan Kemudahan kami,
rakan kongsi atau vendor; kecenderungan semasa melayari laman web kami dan
aktiviti-aktiviti transaksi.
-
Data Lokasi
Contohnya, alamat IP, kuki, rekod aktiviti, pengenal pasti dalam talian dan
data lokasi anda melalui penggunaan Kemudahan kami.
-
Data Hubungan Peribadi
Contohnya, keluarga terdekat, pengarah, hubungan kecemasan, pemegang saham
individu, penandatangan berwenang dan penjamin yang boleh mengesahkan
identiti anda
|
|
Sebagai sebahagian daripada
permohonan dan penggunaan berterusan Kemudahan kami, kami mungkin perlu
mengumpul maklumat peribadi yang sensitif dan hanya dengan kebenaran anda. Jenis
maklumat peribadi sensitif yang mungkin dikumpulkan adalah seperti berikut:
|
- Data keturunan etnik atau bangsa: Maklumat berkaitan asal-usul
bangsa atau etnik anda
- Data keagamaan/kepercayaan: Maklumat berkaitan kepercayaan agama
atau kepercayaan lain yang bersifat serupa
- Data biometrik: Maklumat yang berupaya mengenal pasti anda secara
fizikal. Contohnya, pengimbas wajah, cap jari atau pengecaman suara.
|
|
BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Kami mengumpul maklumat
peribadi dan maklumat peribadi sensitif terus daripada anda dan mungkin akan
mengumpulkannya melalui saluran lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
|
- Permohonan Anda
Hubungan anda secara digital atau manual dengan kami seperti melalui borang
permohonan, semasa anda menggunakan akaun dan Kemudahan kami, mengambil
bahagian dalam kaji selidik pelanggan, pertandingan atau peraduan dan
promosi pemasaran.
- Orang yang Anda Kenali
- Majikan
- Pemegang akaun bersama
- Penyedia sekuriti
- Penjamin dan penanggung hutang
- Ibu bapa atau penjaga kepada pelanggan bawah umur.
Sekiranya anda di bawah umur (diterjemahkan di sini sebagai di bawah 18
tahun), kami akan memohon kebenaran ibu bapa atau penjaga sebelum mengumpul,
menggunakan atau berkongsi data peribadi anda.
- Komunikasi dengan Kami
Komunikasi secara lisan atau bertulis dengan kami dan/atau ejen sah kami
melalui SMS, telefon atau peranti mudah alih, e-mel, faks, surat, laman web
atau pelayar, media sosial dan/atau saluran komunikasi lain yang sesuai.
- Aktiviti Kemudahan dengan Kami
- Menganalisis transaksi anda dengan kami, penyedia
perkhidmatan, rakan perniagaan atau pihak ketiga. Contohnya apabila anda
menggunakan dan menguruskan akaun atau kemudahan bersama kami termasuk
transaksi yang anda lakukan dan melalui bayaran yang dibuat kepada atau
daripada akaun atau kemudahan anda.
- Rakaman Televisyen Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di
premis dan terminal layan diri kami.
- Perniagaan dan Organisasi Lain
- Agensi pelaporan/rujukan kredit, termasuk tetapi tidak
terhad kepada CCRIS, FIS dan/atau mana-mana biro atau agensi lain yang
ditubuhkan atau bakal ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia atau sebarang
subsidiarinya, atau oleh pihak berkuasa lain dan/atau dari mana-mana
institusi kewangan.
- Maklumat yang diterima daripada tuntutan insurans/takaful
atau dokumen-dokumen lain.
- Pihak Berkuasa Tempatan
Agensi Kerajaan, kawal selia atau
penguat kuasa berkanun seperti Jabatan Insolvensi Malaysia.
- Pelanggan Korporat dan Perniagaan Kami
Melalui manfaat
perkhidmatan berkaitan kontrak kami dengan syarikat, perniagaan atau
organisasi di mana anda berinteraksi. Contohnya, menyelesaikan bantahan
pembayaran dengan pelanggan dagangan kami
- Sumber yang tersedia secara umum
Daftar dalam talian,
direktori atau penerbitan dalam talian, hantaran media sosial atau maklumat
lain yang tersedia secara umum
- Kuki
Sebarang maklumat yang disediakan dan/atau dikumpulkan
semasa anda melayari laman web kami mungkin melibatkan lokasi dan
kecenderungan pengguna semasa melayari laman web tersebut, termasuk masa
yang diambil. Kami hanya menggunakan kuki untuk menjejaki trafik laman web.
Tiada maklumat peribadi yang dikumpul.
|
|
PILIHAN UNTUK MEMBERI MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Penyerahan maklumat peribadi
anda kepada Bank adalah secara sukarela dan wajar dalam penyediaan Kemudahan
yang ditawarkan dan bentuk hubungan antara anda dan kami. Kami mungkin tidak
dapat menawarkan Kemudahan kepada anda sekiranya anda menolak untuk memberi atau
membenarkan kami memproses maklumat peribadi yang dianggap wajar dan/atau
diperlukan bagi memenuhi obligasi perundangan atau kawal selia kami.
TUJUAN- TUJUAN MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Hasrat menggunakan maklumat
peribadi anda adalah khusus untuk menyediakan Kemudahan kami kepada anda sebagai
pelanggan dan berbentuk hubungan antara anda dengan Bank Islam. Tujuan kami
memproses maklumat peribadi anda mungkin merangkumi sebahagian atau semua yang
berikut tetapi tidak terhad kepada:
|
- Penawaran Kemudahan kami kepada Anda
Ia termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Pembukaan akaun
- Melakukan Penilaian Wajar/Kenali Pelanggan Anda dan/atau Penilaian Wajar
Pelanggan yang Dipertingkatkan seperti yang termaktub oleh undang-undang
- Menilai kelayakan, merit dan/atau kesesuaian permohonan Kemudahan
- Penilaian dan analisis termasuk kredit / pinjaman / pembiayaan / risiko
insurans / penarafan tingkah laku / analisis produk / Pemprofilan Risiko AML
dan kaji selidik pasaran
- Penilaian kesesuaian untuk menjadi penjamin individu
- Melaksana dan memelihara semakan kredit dan kewangan seperti yang
ditentukan oleh undang-undang dan peraturan
- Penilaian dan penetapan had kredit
- Mendapatkan sebut harga, membantu permohonan dan berinteraksi dengan
rakan niaga strategik yang disyorkan bagi pihak pelanggan bagi tujuan
penjenamaan bersama serta produk dan perkhidmatan pihak ketiga lain seperti
insurans dan produk pengurusan kekayaan
- Menguruskan Hubungan Perbankan dan Mentadbir Akaun Anda
Ia termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Memudahkan pembukaan akaun anda secara manual dan digital
- Menyediakan akses bersesuaian kepada Kemudahan kami.
Contohnya perkhidmatan cawangan, dalam talian dan platform mudah alih
- Menyedia, mengurus, menyemak dan menilai Kemudahan yang
ditawarkan kepada anda bagi memenuhi tanggungjawab berkontrak yang ada untuk
Kemudahan kami
- Menguruskan amaun pengumpulan dan pemulihan yang
tertunggak daripada anda atau yang dipertanggungjawab kepada anda
- Menjalan dan mengesahkan transaksi serta melakukan
transaksi mengikut arahan atau permintaan anda. Contohnya, memindahkan dana
antara akaun, membuat pembayaran kepada pihak ketiga dan sebagainya
- Mengekalkan rekod terkini maklumat untuk dihubungi,
individu dan senarai penandatangan sah supaya butiran adalah tepat
- Mentadbir kemudahan kredit dan pembiayaan
- Memantau, mengurus dan memberi maklum balas terhadap
soalan atau aduan. Ia meliputi pelbagai platform seperti cawangan, pusat
panggilan pelanggan dan media sosial
- Mengeluarkan makluman untuk sebarang perubahan pada terma
dan syarat serta ciri-ciri Kemudahan kami kepada anda
- Menerbitkan dan menguruskan penyata Kemudahan anda bersama
kami
- Merekodkan dan menguruskan komunikasi dengan anda untuk
tujuan pengemaskinian rekod serta bukti termasuk pesanan dalam talian, e-mel
dan/atau telefon
- Menghubungi anda berhubung Kemudahan yang disediakan
kepada anda
- Memastikan amaun keberhutangan oleh/kepada anda dan
menyediakan penyelesaian kewangan yang lebih baik untuk anda
- Menambah baik Kemudahan kami untuk Anda
Ia termasuk tetapi
tidak terhad kepada:
- Membangun, menganalisis rekaan dan menguji Kemudahan kami
untuk kegunaan anda
- Menjalankan kaji selidik pasaran dan tinjauan kepuasan
pelanggan
- Mengawasi dan merekod komunikasi kami dengan anda untuk
tujuan latihan dan kawalan kualiti
- Melalui penggunaan Kemudahan kami, data seperti
kecenderungan dan analisis demografik dikumpul untuk membolehkan kami
menyediakan Kemudahan yang lebih sesuai untuk anda
- Operasi Perniagaan kami
Ia termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Menjalankan aktiviti pengurusan kredit sewajarnya,
termasuk mengekalkan sejarah kredit untuk rujukan semasa dan akan datang,
pemaklumkan kepada biro kredit, agensi rujukan kredit serta penilaian
berterusan kelayakan kredit dan semakan kredit
- Bagi mencegah dan mengenal pasti jenayah kewangan (termasuk
dan tidak terhad, tentang pengubahan wang haram, sekatan dan pencegahan
penipuan, pengesanan dan pendakwaan) seperti menjalankan pengesahan identiti,
saringan keselamatan melalui pangkalan data kerajaan dan berpusat rasmi yang
lain sebagaimana termaktub oleh undang-undang
- Mewujudkan dan mengekalkan model penilaian kredit untuk
pelanggan kami
- Menguruskan pengesahan dan akses pengguna pelanggan kami
seperti perbankan Internet dan mudah alih
- Melakukan semakan pekerjaan dengan pegawai yang diberi
kuasa untuk memberi pengesahan sewajarnya dalam organisasi anda
- Membantu bank-bank dan pihak ketiga lain dalam mendapatkan
kembali dana yang telah tersalah bayar ke akaun anda
- Audit operasi perniagaan dan pengurusan operasi. Contohnya,
audit ke atas kawalan dalaman dan kewangan, pembangunan dan pengujian sistem,
perancangan perniagaan dan membuat keputusan, aktiviti pengurusan risiko
termasuk pengawasan portfolio kewangan, pelaporan dan tugas-tugas
pentadbiran Kemudahan
- Mengekalkan Keselamatan Anda
Ia termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Menggunakan rakaman pengawasan CCTV di premis dan terminal
layan diri kami untuk tujuan mencegah, mengesan, menyiasat dan melaporkan
insiden, kecemasan dan jenayah seperti kecurian dan penipuan
- Keselamatan sistem dan rangkaian kami memastikan data anda
selamat dan sulit
- Menjalankan pengesahan identiti sebelum memberi akses
kepada Kemudahan
- Mengeluarkan makluman secara peribadi untuk tujuan
mewujudkan kesedaran seperti pemalsuan dan penipuan
- Pematuhan kepada Undang-undang Terpakai, Peraturan dan Keperluan lain
Ia termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Undang-undang setempat sedia ada dan/atau akan datang
sewajarnya, peraturan, syarat, arahan, pertimbangan atau keputusan mahkamah,
permintaan, panduan, sekatan tempatan atau antarabangsa, larangan, keperluan
pelaporan serta sekatan dalam dan luar Malaysia
- Memenuhi atau mematuhi polisi dan prosedur Kumpulan Bank
Islam
- Melaksanakan Hak Perundangan Bank Islam dan Menjalankan Prosiding
Perundangan
Bagi melindungi kepentingan Kumpulan Bank Islam dan tujuan sampingan
lain dan/atau tujuan berkaitan menguatkuasakan hak guaman kami dan/atau
mendapatkan nasihat guaman dan/atau proses perundangan lain.
|
|
PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Kami akan hanya mendedahkan
maklumat peribadi anda kepada pihak tersenarai di bawah dengan mematuhi langkah
kerahsiaan yang ketat. Pendedahan ini bertujuan untuk pemprosesan, seperti
termaktub dalam Notis Privasi ini. Di bawah tanggungjawab perundangan, Bank
mungkin berkongsi maklumat peribadi anda mengikut kebenaran atau tuntutan
undang-undang seperti berikut:
|
- Ahli Kumpulan Bank Islam
Mana-mana pegawai, kakitangan, ejen atau pengarah Bank
- Pihak Ketiga yang Disahkan
- Penjaga sah, pemilik akaun bersama, penjamin atau
penanggung sebenar/dimaksudkan, pemegang amanah, penama, pelaksana, wakil
guaman atau individu diberi kuasa oleh pelanggan kami, sebarang peserta
sebenar atau berpotensi atau sub-peserta berkaitan tanggungjawab dalam
sebarang penjanjian perbankan, pemegang serah hak, wakil (novates) atau
penerima pindahan (atau sebarang pegawai, pekerja, ejen atau penasihat, yang
berkenaan)
- Sebarang pihak sekuriti, penjamin atau penyedia cagaran
untuk Kemudahan anda
- Sebarang individu yang telah diberi kuasa melalui
kebenaran untuk berkongsi data peribadi anda
- Pihak Ketiga yang Mengesahkan Maklumat Peribadi
- Biro kredit atau agensi rujukan kredit (termasuk
pengendali pangkalan data berpusat yang digunakan agensi rujukan kredit),
penyedia perlindungan kredit, agensi penarafan, agensi pemungut hutang,
agensi dan organisasi pencegahan pemalsuan
- Sebarang agensi rujukan jenayah kewangan, institusi
kewangan lain dan mana-mana ejen mereka yang menjalankan semakan pangkalan
data pencegahan jenayah kewangan untuk menghalang pengubahan wang haram,
keganasan, pemalsuan dan jenayah kewangan lain
- Sebarang agensi penarafan atau penyedia perlindungan
langsung/tidak langsung Bank
- Penyedia Perkhidmatan Pihak Ketiga Kami
- Penasihat profesional seperti juruaudit, penasihat
undang-undang, peguam pemindah hak dan pakar penilaian harta
- Penyedia insurans /takaful or broker insurans/takaful
- Ejen perkhidmatan luar, pedagang, vendor, rakan perniagaan
dan ejen perniagaan yang menyokong operasi, pentadbiran dan pemprosesan data
- Penyedia perkhidmatan teknologi termasuk mereka yang
berurusan atau bekerjasama untuk menganalisis dan memudahkan penambahbaikan
atau peningkatan operasi Bank atau penyediaan produk dan perkhidmatan
- Penyedia perkhidmatan profesional seperti penganalisa
pasaran, penyiasat forensik dan penasihat pengurusan
- Syarikat pengiklanan dan penyedia platform media sosial
- Penyedia produk pihak ketiga seperti penyedia sekuriti dan
pelaburan, pengurus dana dan syarikat insurans/takaful
- Penyedia perkhidmatan pihak ketiga seperti telepemasaran
dan ejen jualan langsung dan pusat panggilan
- Rakan niaga strategik
- Rakan niaga, rakan jenama bersama atau syarikat-syarikat
atau organisasi yang bekerjasama dengan Bank berdasarkan penjanjian
berkontrak atau usaha sama lain untuk menyediakan produk dan perkhidmatan
pihak ketiga sewajarnya
- Organisasi kebajikan dan bukan berdasarkan keuntungan
- Pihak Berkuasa dan Penguatkuasa Undang-undang Kerajaan
- Mana-mana kerajaan, separa kerajaan, pengatur, pentadbir,
pengawal selia atau badan kawal selia, mahkamah, tribunal, agensi
penguatkuasaan, badan pertukaran atau penguasa cukai domestik atau luar
negara sebagaimana termaktub dalam undang-undang atau seperti yang diminta
oleh pihak berkuasa
- Badan kawalan kendiri atau industri atau persatuan
penyedia perkhidmatan kewangan pihak berkuasa berkaitan
- Organisasi Perkhidmatan Kewangan lain
- Institusi kewangan lain seperti Bank Negara Malaysia
- Penyedia perkhidmatan bayaran termasuk penyedia dompet
mudah alih dan perkhidmatan pembayaran digital, pedagang, syarikat perolehan
pedagang, syarikat kad kredit, pemproses bayaran dan ahli persatuan kad,
penyedia perkhidmatan pemula bayaran dan instrumen pembayaran berasaskan kad
seperti VISA dan Mastercard
- Sebarang institusi kewangan dan syarikat perolehan
pedagang yang anda ada atau bercadang untuk berurusan
- Penyedia infrastruktur pasaran dan penyedia penjelasan
sekuriti
Lain-lain Pihak Ketiga
- Individu, syarikat, perniagaan atau organisasi sewajarnya
yang diwakili atau dibenarkan anda
- Mana-mana pihak yang dikenal pasti oleh Bank sebagai
rujukan kakitangan
|
|
PINDAHAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA KE LUAR MALAYSIA
|
- Walaupun bukan satu kebiasaan, kami mungkin memindahkan maklumat
peribadi anda ke luar Malaysia bagi tujuan memproses, menyimpan, berkongsi,
memindah atau mendedahkannya. Ia berkemungkinan membolehkan kami beroperasi
dengan lebih efektif dan selamat, meningkatkan dan menyokong proses and
operasi perniagaan apabila menyediakan kepada anda Kemudahan kami dan
nasihat guaman bagi prosiding perundangan.
- Selaras dengan Tataamalan Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM)
dengan penglibatan dan sokongan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan
Islam Malaysia (AIBIM), pindahan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia
dibolehkan dengan kebenaran anda melalui Notis Privasi. Dengan memberikan
data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju untuk membenarkan kami
memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia.
- Kami akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan maklumat
peribadi anda selamat dan meletakkan tahap perlindungan dan keselamatan
untuk memenuhi undang-undang terpakai bagi bidang kuasa di luar Malaysia dan
di mana undang-undang tempatan mungkin tidak mempunyai undang-undang
perlindungan data yang sama seperti di Malaysia.
|
|
PENYIMPANAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
|
- Kami akan menyimpan maklumat yang anda berikan selagi tujuan yang
dinyatakan dalam Notis Privasi ini masih wujud.
- Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda untuk operasi perniagaan atau
tujuan undang-undang semasa anda masih mempunyai hubungan dengan kami. Kami
mungkin menyimpan maklumat peribadi anda untuk satu tempoh tertentu selepas
hubungan kedua-dua pihak tamat.
- Kami akan memusnahkan dan/atau memadam secara kekal maklumat peribadi
anda selepas tujuan pengumpulan maklumat peribadi ini tidak lagi diperlukan.
Ia hanya akan disimpan untuk memenuhi mana-mana keperluan perundangan dan/atau
pengawalseliaan atau untuk kami memelihara kepentingan Bank.
|
|
PILIHAN PEMASARAN LANGSUNG
Kami mungkin menggunakan
butiran anda, dengan kebenaran, bagi menghantar komunikasi pemasaran langsung
berkaitan melalui e-mel, SMS, telefon, aplikasi mudah alih, media sosial atau
pos. Pemasaran langsung merujuk kepada produk dan perkhidmatan terbaharu kami,
produk dan perkhidmatan lain yang ditawarkan, kempen pemasaran, iklan dan
promosi semasa atau masa depan, termasuk yang dijalankan dengan rakan kongsi
serta rakan sekutu yang ditawarkan kepada pelanggan terpilih dan bukan umum.
Anda boleh menarik balik
kebenaran atau memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran langsung pada
bila-bila masa dengan mematuhi hak anda melalui pemakluman kepada kami sama ada
secara telefon, pos atau e-mel di bawah bahagian “Hubungi Kami”.
Contoh komunikasi pemasaran
langsung yang kami mungkin kongsikan dengan anda adalah:
|
- Pengumuman, tawaran dan promosi berkenaan Kemudahan kami
- Maklumat mengenai produk dan perkhidmatan daripada atau berkenaan pihak
ketiga seperti Institusi kewangan, pemberi insurans, syarikat kad kredit,
sekuriti dan pelaburan, penyedia dompet mudah alih dan perkhidmatan bayaran
digital
- Butiran ganjaran kami atau pihak ketiga berkaitan, program kesetiaan
atau manfaat dan produk dan perkhidmatan berkaitan
- Tinjauan pasaran dan kaji selidik kepuasan pelanggan
- Maklumat berkenaan pertandingan kami atau pihak ketiga yang berkenaan
dan cabutan bertuah
- Rayuan kami atau pihak ketiga yang berkenaan derma untuk badan kebajikan
dan/atau bukan berasaskan keuntungan, tajaan dan sumbangan; dan
- Maklumat dan komunikasi kami berkaitan seminar, webinar atau majlis dan
peluang-peluang berkaitan atau pihak ketiga yang bersesuaian
|
|
Sila ambil maklum bahawa
kami akan memproses permohonan anda dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh
permohonan, selaras dengan Tataamalan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM)
dengan penglibatan dan sokongan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam
Malaysia (AIBIM).
HAK ANDA KEPADA MAKLUMAT PERIBADI YANG DIKUMPULKAN OLEH
BANK
|
- HAK ANDA UNTUK MENGAKSES MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Anda mempunyai hak untuk mendapatkan akses maklumat peribadi yang dipegang
oleh Bank. Bank mungkin mengenakan bayaran nominal untuk permohonan tersebut.
- HAK ANDA UNTUK MEMBETULKAN ATAU MENGEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Anda boleh membetulkan dan/atau mengemaskinikan maklumat peribadi anda yang
dipegang Bank. Untuk permohonan tersebut, anda boleh hadir ke mana-mana
cawangan kami atau bercakap dengan ejen Pusat Panggilan dan Khidmat
Pelanggan di alamat yang diberikan. Anda akan diminta mengisi borang
‘Permohonan Mengakses Data’ atau ‘Permohonan Membetulkan Data’ yang
disediakan di cawangan-cawangan kami.
- HAK UNTUK MENYEKAT ATAU MEMBANTAH PEMPROSESAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA
Anda boleh meminta Bank untuk berhenti atau mengubah penggunaan data anda
dengan membuat permohonan bertulis kepada kami. Walau bagaimanapun, kami
mungkin memerlukan maklumat peribadi berkenaan untuk berhubung dan
menyediakan Kemudahan dengan anda serta untuk mematuhi tuntutan perundangan
atau kontrak.
- HAK ANDA UNTUK TIDAK MEMBERI ATAU MENGUBAH ATAU MENARIK BALIK KEBENARAN
Dari semasa ke semasa Bank Islam mungkin akan meminta kebenaran untuk
memproses maklumat peribadi anda. Anda boleh memilih untuk tidak memberikan
kebenaran atau memaklumkan kepada kami secara bertulis pada bila-bila masa
sekiranya anda mengubah fikiran tentang kebenaran yang telah diberikan.
Sebaik sahaja menerima permohonan untuk menarik balik kebenaran tersebut,
kami akan menghentikan pendedahan maklumat peribadi anda dalam tempoh tujuh
(7) hari mengikut kalendar.
Selaras dengan Tataamalan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dengan
penglibatan dan bantuan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam
Malaysia (AIBIM), anda tidak boleh menarik balik kebenaran untuk Bank
memproses maklumat peribadi anda:
- Apabila maklumat peribadi itu diperlukan untuk pelaksanaan kontrak
antara anda dan Bank
- Apabila anda telah menyerahkan maklumat peribadi kepada Bank untuk
memenuhi permintaan sebelum kontrak (contohnya pada peringkat borang
permohonan)
- Apabila Bank diperlukan untuk mematuhi tanggungjawab perundangan yang
tidak berkontrak
- HAK ANDA UNTUK MENARIK BALIK KEBENARAN PEMASARAN LANGSUNG
Anda boleh menarik balik kebenaran untuk pemasaran langsung dan memaklumkan
Bank untuk menghentikan penghantaran e-mel pemasaran atau jemputan untuk
kaji selidik pada bila-bila masa.
|
|
HUBUNGI KAMI
Sekiranya anda mempunyai
pertanyaan berhubung Notis Privasi ini, anda boleh
|
- Hadir ke mana-mana cawangan kami yang mana lokasinya tertera di laman
web kami, atau
- Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan dan Perkhidmatan Pelanggan kami,
atau
- Menulis kepada Bank di alamat berikut:
Pusat Panggilan dan
Perkhidmatan Pelanggan Bank Islam
Aras 17, Menara Bank Islam
No. 22, Jalan Perak
50450 Kuala Lumpur
Telefon: +603 26 900 900
E-mel:
contactcenter@bankislam.com.my
Anda juga boleh menghubungi kami untuk sebarang aduan berkenaan
penyalahgunaan atau mengesyaki penyalahgunaan maklumat peribadi anda
sebagaimana butiran di atas.
|
|
PERUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI INI
Bank berhak mengubah Notis
Privasi ini pada bila-bila masa dan akan mempamerkan notis perubahan di laman
web Bank dan/atau cawangan Bank dan/atau saluran lain yang sesuai. Notis Privasi
ini bukan bertujuan serta tidak mewujudkan hak berkontrak / atau tanggungjawab
kontrak ke atas Bank atau mana-mana pihak atau bagi mana-mana pihak. Sebarang
rujukan yang dibuat pada ‘kenyataan privasi’ dalam sebarang dokumentasi Bank
adalah merujuk kepada Notis Privasi ini.
Saya dengan ini memperakui
dan bersetuju bahawa saya telah membaca dan memahami Notis Privasi ini serta
memberi kebenaran secara sukarela kepada Bank Islam Malaysia dan akan tertakluk
kepada Notis Privasi ini.
|
Tandatangan
Nama
Nombor Kad Pengenalan
Tarikh
Jawatan |
: ________________________________________________________
: ________________________________________________________
: ________________________________________________________
: ________________________________________________________
: ________________________________________________________ |
|